CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
semoga blog ini memberi manafaat kepada anda khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Wednesday, April 8, 2009

TEMA 2 : BAHAGIAN B SEJARAH ASIA TENGGARA



Perjanjian Bowring ditandatangani oleh raja Mongkut dengan British bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan Thailand.Perjanjian Yandaboo dimeterai pada februari 1826 akibat kekalahan Burma dalam perang Inggeris Burma 1 Kedua –dua perjanjian ini memberikan implikasi yang besar terhadap Thailand dan Burma terutama dalam soal pemerintahan dan politik

Implikasi Perjanjian Bowring

i.Permulaan Dasar Buka Pintu

Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah menandatangani satu siri perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1862), Belgium, Norway, Itali dan Sweden (1868).

ii. Hubungan Diplomatik yang erat

Siam menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa Barat yang lain atas dasar persamaan taraf.
Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menghantar utusan yang diketuai oleh Phaya Suriwongse ke Britain. Ini mengeratkan lagi persahabatan Siam dengan Britain.

iii. Kemerdekaan Siam tetap terpelihara

Dasar buka pintu Siam, hubungan diplomatik yang erat dan keistimewaan yang sama dan adil kepada semua kuasa Barat yang ada di Siam telah menjamin kemerdekaan Siam,.

iv. Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa

Perjanjian Bowring dan perjanjian dengan kuasa Barat yang lain mendedahkan Siam kepada perdagangan antarabangsa.Perdagangan antarabangsa sangat menguntungkan Siam sendiri di mana sistem ekonomi sara diri digantikan dengan sistem ekonomi komersial.
Bilangan kapal dagang di Siam semakin meningkat Pengeksportan beras, kayu jati dan gulA

v. Britain muncul sebagai pelabur utama

Siam banyak menjalankan perdagangan dengan Britain sehingga Siam dikenali sebagai satelit ekonomi Britain.Pelabuhan British di Singapura dan Hong Kong sibuk menjalankan perdagangan dengan Siam.

vi. Penguasaan perdagangan orang Cina di Siam tamat

Perjanjian Bowring menamatkan penguasaan orang Cina terhadap perdagangan Siam.

vii. Perubahan dalam sistem kewangan Siam

Berikutan dengan perdagangan antarabangsa, kerajaan Siam telah memperbaiki sistem percukaian dan sistem kewangannya.

Implikasi perjanjian Yandaboo

1. Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Burma

Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandaboo berat sebelah dan menjatuhkan maruah Burma

2. British berjaya menguasai Hilir Burma

British kehilangan wilayah penting seperti Arakan dan Tennaserim Pengambilan kedua – dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak rakyat Burma dan Burma menganggapnmya tidak sah

3.Burma tidak menghormati wakil British


Burma enggan menubuhkan pejabat perwakilan Burma di Calcutta Tindakan itu merenggangkan hubungan Inggeris Burma

4. Burma kerugian dari segi Ekonomi

pengambilan Arakan dan Tenneserim merugikan Burma kerana kawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati

5. Meletakkan asas campurtangan British ke seluruh Burma

British mula campurtangan dalam politik Burma dan menguasai Hilir Burma

6.Burma mengingkari perjanjian itu dan enggan membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British – menyebabkan British tidak puas hati

7. Membawa kepada Perang Inggeris Burma -II


KESIMPULANNYA

Perjanjian Bowring membawa kepada Thailand ke arah pemodenan dan mengekalkan kedaulatan Thailand. Manakala Perjanjian Yandabo membawa kepada perluasan kuasa British di Burma iaitu menyebabkan berlakunya Perang Inggeris Burma 11 dan 111 dan seterusnya menjatuhkan dinasti Konbaung.

0 comments: