CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
semoga blog ini memberi manafaat kepada anda khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, October 31, 2010

3.Bandingkan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand sebelum kedatangan Barat.


Pengenalan

1. Pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh Raja/ Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya.

2. Dalam sistem pemerintahan beraja, kedudukan pembesar sanngat penting. Pembesar berada pada heriarki kedua selepas kedudukan raja/ maharaja.

3. Terdapat pelbagai gelaran tertentu seperti wazir ,perdana menteri dan sebagainya yang melambangkan ketinggian jawatan seseorang pembesar itu.


Isi-isi penting
A. Sistem pembesar di Vietnam

1. Sebelum kedatangan Peranchis di Indo China negeri-negeri di Indo China ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat yang berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

2. Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, golongan Mandarin yang mengetuai setiap birokrasi di Vietnam.

3. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran di negara China. Mereka dipilih melalui peperiksaan awam dan dalam bidang bahasa dan klasik Confucius.

4. Golongan Mandarin mengetuai quan-quan atau kementerian.

5. Terdapat enam quan kementerian di mana Quan Awam yang mempunyai taraf yang tinggi.

6. Golongan Mandarin bertindak sebagai pembesar dengan kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan.

7. Terdapat pembesar di peringkat daerah. Tanggungjawab mereka ialah seperti:
i. mengutip cukai
ii. mengendalikan urusan kehakiman
iii. merekrut dan melatih anggota tentera.
iv. menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat

8. Pembesar yang paling bawah ialah pembesar peringkat kampung yang mengendalikan urusan pentadbiran kampung.

Di Thailand sistem pembesar turut diamalkan dalam pentadbirannya namun terdapat perbezaan antara sistem pembesar di Thailand dan Vietnam.


B. Sistem pembesar di Thailand
- Para pembesar di Thailand merupakan anggota diraja yang digelar Chao. Mereka adalah menteri-menteri kanan kepada raja dan mengetuai jabatan (krom).

- Jabatan yang penting ialah Krom Mahattai, Krom Kalahom dan Krom Khlang.

- Menteri-menteri bertugas sebagai pengutip cukai dan menjaga keamanan dan mendengar kes-kes rayuan mahkanah dan mendaftar rakyat.Di bawah ketua Krom terdapat pembesar yang berjawatan lebih rendah iaitu Jabatan Ibukota, Jabatan Tanah, Jabatan Istana dan Jabatan Persekitaran.

- Pembesar Thailand juga dibahagi kepada pembesar peringkat pusat dan daerah. Sistem ini berperanan melicinkan pentadbiran serta menguasai sumber tenaga manusia untuk menjamin kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Pembesar peingkat wilayah dilantik oleh raja yang terdiri daripada golongan bangsawan dan diwarisi dan biasanya diberi kepada pembesar yang bergelar Pharaya.

- Terdapat empat wilayah iaitu kawasan strategi keselamatan di bandar-bandar besar. Wilayah kedua dan ketiga meliputi kawasan yang agak besar yang ditadbir oleh Krom dan yang terakhir ialah bandar-bandar kecil di sekitar ibukota di bawah kerajaan pusat.


Kesimpulan

1. Walaupun sistem pembesar di Vietnam diwujudkan untuk membantu raja dalam sistem pemerintahan, pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak istana.
2. Di Thailand telah muncul birokrasi baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka.