Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal
Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat
Hierarki sosial masyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk piramid
Negara Thai
- Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat
yang bebas (phrai) dan hamba (that)
golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai
raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan
golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada golongan phrai.
phrai menjadi symbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai
that pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya
dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang
golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai
kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat
Vietnam
sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja
golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius
rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam
golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja
golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah
kesimpulannya
Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di
Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.
-
Soalan 1.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di
Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.
Jawapan:
1. Pengenalan (3m)
a. Nus...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment