CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
semoga blog ini memberi manafaat kepada anda khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE


STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Monday, July 6, 2009

Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang Pera



1. Bahasa dan kesusasteraan:
a. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum imigran

b. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan khususnya dalam ekonomi menerusi novel ‘Dari Perangkap ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang Seribu’ .

c. ‘Hikayat Faridah Hanom’ karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi wanita dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelaki

d. ‘Putera Gunung Tahan’ karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British.

e. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya pendidikan dan keazaman untuk mencapainya.

f. Shamsudin Salleh melalui cerpen ‘Cermin Pergaulan Hidup di Dunia’ mengisahkan tentang tekanan di bawah penjajahan British.

g. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid – semua puisi bertemakan semangat kebangsaan Melayu. Contoh: ‘Semenanjung’, ‘Rayuan Bangsamu’, dan ‘Perwira Melayu’.

h. Abdul Samad Ahmad dalam puisi ‘Serunai Pujangga’ menyeru orang Melayu bersatu dan bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.

i. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin meluahkan ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib malang di tanah air sendiri.

j. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual melindungi agama, bangsa, dan negara.




2. Intelektual:
a. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.

b. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu golongan intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.

c. ‘Al-Imam’ meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali

d. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan agama semata-mata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang menyebabkan pemikiran umat Islam kolot dan mundur.

e. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.

f. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak penjajah. Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato’ Onn bin Jaafar dan Mohamad Eunos bin Abdullah.

g. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan dan kelab. Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh: Persatuan Melayu Pahang dan Perak.

h. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan Inggeris.

i. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob

3. Sistem Pendidikan:

a. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan intelektual terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.
b. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondok
c. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis Islam.
d. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut keistimewaan yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang Melayu.
e. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan bawahan yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.




4. Kewartawanan:
a. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat Melayu.
b. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta Negara, Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.
c. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan dalam hidup.




5. Faktor Luaran:
a. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme orang Melayu.
b. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905), Pergerakan Turki Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.




Kesimpulan:
a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.
b. Faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya dan berkait dengan faktor bahasa dan kesusasteraan